Tahun Melawat Perak
Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah.
Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak dan pasti pelbagai destinasi menarik yang diketengahkan. Justeru, minggu ini Santai menyenaraikan 10 Ikon Pelancongan Perak yang merangkumi tarikan pelancongan utama yang terdapat di negeri itu.
1. Taman Negeri Royal Belum
Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.
Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.
Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.
Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.
Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.
2. Hutan Paya Bakau Matang
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar.
Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.
Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.
Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.
Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.
3. Gua Tempurung
Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.
Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.
4. Taman Herba Negeri Perak
Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.
Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.
Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.
Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.
5. Sungai Klah Hot Springs
Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.
Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.
6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort
Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.
Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.
Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.
7. Zoo Taiping & Night Safari
Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.
Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.
Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.
Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.
8. Ipoh - The Limestone Wonder
Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.
Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.
Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.
Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.
Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.
Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.
9. Lumut & Pulau Pangkor
Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.
Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.
Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.
'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota.
Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.
10. Kuala Kangsar Bandar Diraja
Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.
Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'.
Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan.
Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.
Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.
Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.
Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.
Sunday, 16 September 2012
Tempat - Tempat Menarik Di Melaka
Taman Rama-rama & Reptilia
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.
Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.
Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap.
Tempat - Tempat Menarik Di Melaka
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.
Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk.
Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan â€Å“Dondang Sayang†percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.
Tempat - Tempat Menarik Di Melaka
Taman Buaya Melaka
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.
Tempat - Temapat Menarik Di Melaka
Dataran Pahlawan
Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.
Tempat - Tempat Menarik Di Melaka
Jonker Street
Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
Tempat- Tempat Menarik Di Melaka
Bangunan Stadhuys
Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.
Tempat-Tempat Menarik Di Melaka
Kota A Famosa
Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.
Tempat-tempat menarik di Melaka
Melaka River Cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
Tempat-tempat menarik di Melaka
Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Tempat-tempat menarik di Melaka
Melaka terkenal dengan sejarah dan tempat pelancongannya yang cantik dan menarik. Oleh itu anda tidak akan rugi jika melancong ke negeri Melaka. Antara tempat-tempat menarik di Melaka ialah:-
Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.
Telaga Tujuh

Terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, 23 kilometer dari Pekan Kuah, Telaga Tujuh adalah keindahan dan keajaiban geografi dimana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Lagenda ada menyatakan tempat ini adalah tempat pari-pari bersiram dan bermain-main. Kehadiran mereka dapat dirasa dan dikesan melalui bau yang menyenangkan ke seluruh kawasan sekitar.
Padang Mat Sirat



Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.
AIR TERJUN TEMURUN

Terletak di Kompartmen 8, Hutan Simpan Machinchang,kira-kira 20 km dari Pekan Kuah Langkawi. Taman rekreasi ini dihubungi oleh jalan raya menuju ke Teluk Datai. Jenis hutan yang terdapat di kawasan ini ialah Hutan Dipterokarpa Pamah dengan ketinggian 100 meter dari aras laut yang mana terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemui.
Terdapat beberapa ciri istimewa iaitu Sungai Temurun yang mempunyai air terjun menarik dengan ketinggian 30 meter sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Selain itu, terdapat juga batu dinding yang tinggi sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar. Tumbuhan utama di kawasan ini ialah Mepauh Periang, Meranti Temak, Melunak, Meranti Jerit, dan Rotan
Taman Lagenda Langkawi
Taman tema yang dikenali sebagai Lagenda Langkawi On The Park dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi. Taman ini akan menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta lagenda yang penuh romantik yang menjadikan Langkawi sebagai Kepulauan Lagenda. Langkawi sebagai subjek utama kepada banyak sejarah dan lagenda indah terdiri dari gugusan 99 buah pulau. Cerita dongeng menyatakan Langkawi adalah tempat tinggal roh-roh manakala dalam Hikayat Merong Maha Wangsa sebuah buku kesusasteraan klasik menceritakan Langkawi adalah tempat rehat burung Garuda. Laksamana Cheng Ho, dari China, dalam pelayaran ke Melaka dalam tahun 1406 mencatatkan Langkawi dalam peta pelayarannya sebagai Lung-Ya-Kian-Yi manakala dalam peta yang dihasilkan dalam abad ke-16 Langkawi dinamakan dengan menggunakan banyak nama seperti Langka, Langu, Langura, Langa dan Langapura. Taman tema yang indah dan cantik ini mempunyai lagun air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 50 ekar yang dibina diatas tanah tebus guna. Aliran air yang jernih turun ditengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit disebelah kiri dengan ukiran patung-patung lagenda disebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikkan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua peghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Lagenda. Melangkah ke Lagenda Langkawi menjanjikan satu pengembaraan melalui sejarah dan pintu masa yang membawa kita ke zaman yang penuh kemeriahan kaya dengan lagenda dan dongeng tempatan.
LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.
MISTERI TELAGA TUJUH

Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.
LAGENDA PUTRI DAYANG SARI
Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI
LaGeNdA pUlAu DaYaNg BuNtInG

Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur. Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang sama iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi. Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini.

Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur. Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang sama iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi. Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini.
Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands
| Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands | |
Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang. | |
Air Terjun(Robinson)
Walk Lorong 9 19A Tanah Rata .Bermula dari taman Persiaran Dayang Endah dan teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan. Dengan melintasi satu jambatan kecil pada sebelah kiri anda untuk memulakan perjalanan. | |
Padang Golf
Padang golf 18 lubang ini memberi keselesaan kepada pelawat-pelawat untuk bermain tanpa bahang dan kelembapan paras laut. Padang ini cukup mencabar dengan green yang rumit dan pemukaan yang beralun-alun. Paling sesuai bermain pada awal waktu pagi kerana hujan lebat pada waktu tengahari adalah perkara lumrah. | |
Ye Olde Smoke House
Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik
| |
|
|
Bharat Tea
Ladang Teh Bharat Ringlet Jalan Tanah Rata Pemandangan ladang teh yang hebat dilihat dari Kedai Teh dan Cenderamata yang terletakkan sekitar 5 km dari Ringlet pada jalan utama.Tanah Rata
|
Jungle Walks
Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda. Pihak hotel dan rumah pelawat mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ini dan mereka mesra membantu. | |
The Lake House
Rumah Tasik Habu dekat Ringlet
Lakehouse Habu dekat Ringlet Keindahan Hotel Mock Tudor telah siap dibina pada tahun 1972. Perabot dalaman yang bertema kedesaan rumah Inggeris. Dipersembahkan dengan begitu cantik serta seronok untuk dilawati. | |
Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands
Galeri BiGDee House of Magic Potions
Galeri BiGDee House of Magic Potions. Taman Royal Lily, Tanah Rata (bersebelahan Cameronian Inn/ Pejabat TNB Tanah Rata). Galeri pameran aromaterapi warna-warni berasaskan proses hijau mikrofungus dan tumbuh-tumbuhan. | |
Gunung Brinchang
Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.Belok ke kiri dari rumah jaga di jalan Sungai Palas Estate, dan kemudian ambil kiri dan memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam. | |
Ladang Strawberi
| |
Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu Ringlet
Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh. | |
Tokong Sam Poh
Besar, direka dengan penuh hiasan tokong | |
Ladang Teh Sungai Palas
Panoramik indah ladang teh yang di buka kepada pelawat untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.
| |
Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja
Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan. | |
Butterfly Farm
Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal. | |
Subscribe to:
Comments (Atom)













