zwani.com myspace graphic comments

Sunday, 16 September 2012

AIR TERJUN TEMURUN




Terletak di Kompartmen 8, Hutan Simpan Machinchang,kira-kira 20 km dari Pekan Kuah Langkawi. Taman rekreasi ini dihubungi oleh jalan raya menuju ke Teluk Datai. Jenis hutan yang terdapat di kawasan ini ialah Hutan Dipterokarpa Pamah dengan ketinggian 100 meter dari aras laut yang mana terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemui.

Terdapat beberapa ciri istimewa iaitu Sungai Temurun yang mempunyai air terjun menarik dengan ketinggian 30 meter sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Selain itu, terdapat juga batu dinding yang tinggi sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar. Tumbuhan utama di kawasan ini ialah Mepauh Periang, Meranti Temak, Melunak, Meranti Jerit, dan Rotan

No comments:

Post a Comment